Kembara Mahsyar
KENAPA BUKU INI TERJUAL LEBIH DARI 101,313 BUAH BUKU DAN BUATKAN PEMBACA RASA GERUN, GEMBIRA, BERHARAP, SEDIH DAN TERUJA
Rasai Pengembaraan Ke Alam Selepas Mati
Kembara Mahsyar ialah sebuah buku yang akan membawa anda mengembara dari satu alam ke satu alam yang lain. Bermula dari Alam Roh yang mana anda diciptakan sehinggalah ke Alam Mahsyar yang akan menjadi penentuan. Sebuah pengembaraan untuk kembali ke kampung halaman.
Antara Tokoh Dan Personaliti Yang Memiliki Buku Ini
Kembara Menuju Tuhan
Dalam setiap kembara, terdapat tujuan yang ingin dicapai. Buku ini adalah panduan untuk menemukan jalan pulang kita kepada Tuhan. Dilengkapi dengan pencerahan yang akan membantu kita memahami setiap tempat dalam perjalanan yang hakiki ini
Rahsia Dibongkar
Semua orang akan mati. Sama ada saya ataupun anda semua pasti akan meninggalkan dunia yang sementara ini menuju ke negeri yang kekal abadi. Suatu destinasi yang kita akan diami untuk selama-lamanya. Ya, selama-lamanya.
13 Hentian, 1 Tujuan
Buku Kembara Mahsyar ini sebuah buku yang lain daripada yang lain. Ianya digarap seperti sebuah buku pengembaraan. Diinspirasikan daripada kitab At-Tawahhum yang dikarang oleh Imam Harith Al-Muhasibi. Mereka yang membacanya akan merasai seperti seolah-olah mereka sendiri yang sedang mengembara ke setiap satu alam-alam yang pernah kita lalui dahulu dan yang akan kita tempuhi selepas kita mati nanti.
Syurga Atau Neraka
Pernah tak kita tahu selepas kita mati nanti, apa yang akan kita lalui dan tempuhi sebelum kita sampai ke Titian Sirat yang akan menjadi penentuan sama ada kita masuk ke Syurga ataupun terjatuh ke dalam Neraka.
Siapkan Diri Anda Untuk Perjalanan Penuh Makna Dan Rasai Perubahan Dalam Hidup!
Konsep Bayangan Yang Diterapkan Membawa Pembaca Ke Sebuah Dimensi Berbeza Penuh Debaran Dan 1001 Misteri
Antara rujukan dan inspirasi utama kepada penulisan buku Kembara Mahsyar ini ialah sebuah kitab yang ditulis oleh seorang ulama' yang bernama Al-Imam Al-Harith Al-Muhasibi yang bertajuk At-Tawahhum. Sebuah kitab yang mensifatkan tentang keadaan nazak sehinggalah ke Syurga dan Neraka berdasarkan Al-Qur'an dan Hadith.
Sejujurnya, 2 tahun masa yang saya ambil untuk menyiapkan buku saya yang ke-6 ini. Tidak seperti 5 buku yang lain, buku Kembara Mahsyar ini saya rasakan agak ‘berat’ untuk saya selesaikan.
Sebelum menulis, saya akan pastikan diri saya berada dalam keadaan tenang serta suci jasmani dan rohani. Saya tidak akan menulis jika keadaan rohani saya ‘tidak sihat’. Ketika mana ada datang rasa tidak ikhlas dalam menulis, maka saya akan segera memberhentikan penulisan itu.
Kenapa sampai begitu sekali? Saya mahukan keberkatan. Bagi saya buku Kembara Mahsyar ini buku yang amat berharga buat diri saya khususnya. Ianya adalah peringatan utama kepada saya agar bersedia menghadapi kematian itu.
Ketika membaca dan menelaah puluhan kitab serta buku rujukan kemudian menyusun dan menulis kembali tulisan untuk dijadikan buku, saya tidak terlepas untuk berdoa agar saya dan semua dipermudahkan segala urusan yang bakal kita hadapi nanti.
Untuk sampai kepada hati manusia, maka saya perlu memberinya dengan hati juga. Bukan dengan lidah dan tangan semata-mata. Saya berharap, agar buku kecil saya ini akan memberikan manfaat kepada saya dan para pembaca semua.
Buku Yang Akan Meruntun Jiwa Dan Membuatkan Anda Menangis Menginsafi Diri
To be honest, buku ni ambik Farah masa yang lama untuk start baca sebab usually buku-buku agama berkaitan dengan tauhid, akhirat dan sebagainya adalah buku yang berat, so, its hard for me to start baca, but, semalam Farah start baca, MashaAllah, I can’t believe that Farah tak nak tidur sebab Farah nak habiskan baca buku ni.
— Farah Lee
Buku Kembara Mahsyar banyak memberi motivasi pada diri saya. Bila saya baca buku tu, macam-macam terdetik dalam jiwa saya. Rasa sedih, takut, terharu, dan ada juga membuatkan diri saya sedar dan mahu untuk berubah jadi yang lebih baik. In Sha Allah.
— Nur Aina
Bila satu persatu helaian dibaca, rasa jauh disudut hati macam-macam perasaan. Rasa kekurangan diri terlalu banyak, sayu hati pun ada. Sesekali rasa takut menyelubungi diri, takut pada azab yang diceritakan di dalam buku ini.
— Nur Qaseh
Rasanya kalau tak cukup air mata tak boleh baca buku karangan tuan ni. Dari bab awal sampai ke muka surat dalam gambar ni, hati bagaikan dihiris-hiris, air mata tak henti-henti keluar. Terima kasih tuan, penceritaan seolah-olah diri ini the main character. Tak dapat nak bayangkan sekiranya semuanya terlambat dan si mati itu adalah diri ini.
— Jehan
Alhamdulillah, Allah dah gerakkan hati saya untuk membeli buku ni. Memang air mata asyik bergenang bila baca. Masih belum terlambat untuk kita set niat ke arah yang lebih bermanfaat untuk menghadapi hari selepas kematian.
— Shahriza
Alhamdulillah, masyaAllah, tabarakallah... buku yang hebat dan telah mengubah hidup saya. Selama ni, saya hanya kejarkan dunia je, rupa-rupanya akhirat segala-segalanya untuk dikejar.
— Nur Alida
Terima kasih ye. Saya baru baca sampai bahagian mizan. Dari awal baca sampai bahagian mizan tu, saya menangis je. Rasa banyak sangat dosa dalam diri ni. Allahuakbar! Sangat bagus isi pembacaan buku ni. Subhanallah! Bagus sangat pembacaan ilmiah ni.
— Rohaya Zakariah
Betul-betul menyentap! Buku bercakap pada saya. Saya speechless. Banyak nak dibetulkan dalam hidup. Must read! Bila baca, hati dan jiwa bergetar. Gementar. Dia bukan novel yang kau membayangkan seorang perempuan berniqab, bertudung labuh atau berpakaian seksi. Bukan ada lelaki budget alim. Tak ada! Tapi sebuah buku yang bercakap dan memberi amaran dan peringatan kepada engkau. Belilah buku ini untuk kita sedar dan mempersiapkan diri untuk pengembaraan seterusnya kerana perjalanan untuk kematian dan akhirat semakin dekat, tapi kembara menuju ke Syurga atau Neraka beribu tahun. I share because I care.
— Niza Haji Sulaiman
Bukunya sangat-sangat bagus untuk setiap peringkat umur. Buku yang menceritakan tentang kehidupan hamba Allah dari alam kandungan sehinggalah destinasi kita yang terakhir. Banyak perkara yang saya belajar dari setiap perjalanan ke alam-alam yang lain. Harap buku Kembara Mahsyar ini membawa manfaat kepada pembaca yang lain kerana bagi saya buku ini bukan sahaja boleh dibaca oleh setiap peringkat umur, malah kandungan di dalamnya mudah difahami.
— Cik Adila, Perak
Langkah Pertama Menuju Kehidupan Kekal Abadi Beli Sekarang!
Sebuah Perjalanan Yang Sangat Panjang
Perjalanan hidup manusia dari Alam Roh hingga ke Syurga. Penuh liku, pengajaran, dan penentuan. Setiap langkah dihadapi dengan ganjaran atau pembalasan, menuntut persiapan dan taqwa sepanjang hayat.
Garis Masa Kembara Mahsyar
(Alam Roh - Syurga)
Alam Roh
Perjanjian Yang Dilupakan
Alam dikumpulkan semua roh. Ada satu perjanjian yang telah dimeterai. Masih ingatkah lagi akan perjanjian yang pernah kita buat dahulu? Kita pernah berjanji dengan pencipta kita, Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Apakah perjanjiannya?
Alam Dunia
Dunia Jambatan Akhirat
Nikmat dan ujian diberikan untuk menguji ketakwaan kita sama ada leka dengan nikmat yang sementara ataupun sabar dengan ujian yang menimpa. Tetapi, apakah tujuan sebenar hidup kita di dunia ini?
Alam Barzakh
Permulaan Kehidupan Kekal Abadi
Rumah baru kita yang menjadi tempat tinggal kita sebelum pergi ke alam seterusnya. Bagaimanakah pengakhiran hidup kita? Mampukah kita menjawab semua persoalan yang diajukan oleh 2 tetamu kita?
Hari Kiamat
Kemusnahan Alam Semesta
Kemusnahan alam semesta dan seluruh isinya. Bagaimana pula keadaan kita ketika hari kiamat sedang berlaku dan siapakah makhluk terakhir yang akan mati?
Padang Mahsyar
Perhimpunan Agung
Menghimpunkan seluruh makhluk dari zaman Nabi Adam sehingga zaman Nabi Muhammad S.A.W.. Berapa lamakah kita akan berdiri di sana sebelum bermulanya proses hisab?
Hisab
Balasan Segala Perbuatan
Hari yang akan dipertanggungjawabkan semua perbuatan yang telah dilakukan di dunia selama ini. Adakah kita mempunyai amalan yang diredhai untuk dipersembahkan kepada Allah kelak?
Tititan Sirat
Syurga Atau Neraka
Jambatan yang sangat halus dari sehelai rambut dan lebih tajam dari sebilah pedang. Semua manusia akan melalui jambatan ini dengan amalan masing-masing. Mampukah kita melintasinya untuk menuju ke Syurga atau adakah mungkin kita tergelincir jatuh ke dalam Neraka?
Mereka Dah Ada
Kenapa Kembara Mahsyar?
Buku Kembara Mahsyar bukan sekadar sebuah buku, tetapi sebuah cerminan kehidupan yang akan membuatkan anda tertanya-tanya tentang persiapan diri. Adakah kita sudah benar-benar bersedia? Setiap peristiwa, setiap bab, dipenuhi dengan peringatan yang mampu menyentuh hati anda. Buku ini mendorong kita untuk melihat diri dengan lebih dekat, menyedari betapa banyak yang kita abaikan, dan betapa sedikitnya kita bersyukur.
Membantu anda memahami dan mempersiapkan diri untuk kehidupan selepas mati dengan lebih baik
Memberi motivasi untuk memperbaiki diri dan beramal soleh
Mengandungi maklumat yang kaya dan berdasarkan rujukan yang sahih tentang Alam Akhirat
Set Kembara Mahsyar
Set Kembara Mahsyar ini mengandungi dua buah buku Kembara Mahsyar (Buku 1 & Buku 2)
Kembara Mahsyar (Buku 1)
Menceritakan perjalanan manusia dari :
- Alam Roh
- Alam Kandungan
- Alam Dunia
- Alam Barzakh
- Hari Kiamat
Kembara Mahsyar (Buku 2)
Perjalanan manusia akan disambung pula di :
- Hari Kebangkitan
- Padang Mahsyar
- Syafa'at
- Hisab
- Penyerahan Catatan Amalan
- Mizan
- Telaga Al-Kauthar
- Titian Sirat
- Destinasi Terakhir
Anugerah Buku Negara
Buku Kembara Mahsyar Telah Memenangi Anugerah Buku Negara (Buku Umum Terbaik Kategori Agama)
Rancangan Khas TV Al-Hijrah
Sebuah Rancangan Khas Bertajuk Kembara Mahsyar Telah Diadaptasi Daripada Buku Kembara Mahsyar Dan Telah Disiarkan Di TV Al-Hijrah Sebanyak 13 Episod
Buku Kembara Mahsyar Telah Menemui Kita Dalam Bahasa Yang Mudah Difahami
“Buku Yang Telah Memberi Kesan Perubahan Yang Sangat Besar Kepada Ramai Orang, Termasuk Diri Saya Sendiri..”
Kembara Mahsyar
Kembara Mahsyar sebuah buku yang akan membawa anda mengembara dari satu alam ke satu alam yang lain. Bermula dari Alam Roh yang mana anda diciptakan sehinggalah ke Alam Mahsyar yang akan menjadi penentuan. Buku Kembara Mahsyar terdapat dalam dua buah.
BUKU 1
- Alam Roh
- Alam Kandungan
- Alam Dunia
BUKU 2
- Hari Kiamat
- Hari Kebangkitan
- Padang Mahsyar
Penulis Kembara Mahsyar
Faris Zulkharnane
Penulis | Penceramah Motivasi | Ahli Perniagaan
Seorang yang minat membaca dan menulis. Beliau telah menerbitkan 6 buah buku. Salah satu daripada buku beliau telah memenangi Anugerah Buku Negara 2019 iaitu Kembara Mahsyar. Beliau juga aktif dalam menyampaikan perkongsian motivasi khususnya Kembara Mahsyar di seluruh Malaysia. Selain itu beliau juga aktif memberikan perkongsian motivasi di laman-laman sosial beliau.
Kembara Mahsyar
Buku ini bukanlah sebuah buku aqidah, ianya ialah sebuah buku motivasi dan inspirasi yang mana saya cuba untuk mengingatkan diri saya terutamanya dan para pembaca akan dunia yang sementara ini dan alam-alam yang seterusnya yang kita semua akan pergi selepas dunia ini tiada lagi.
Maka, besarlah harapan saya, agar buku kecil ini akan menjadi satu titik tolak yang baru kepada sendiri khususnya serta para pembaca yang lain juga. Semoga setiap daripada kita yang selesai membaca buku ini akan dapat memperbaiki kembali hubungan kita dengan pencipta kita, Allah serta menambahkan lagi kecintaan kepada junjungan mulia, Baginda Nabi.
Kita mengetahui tentang Kembara Mahsyar ini bukan untuk kita bertambah takut, tetapi untuk menjadikan kita bertambah taqwa. Seterusnya bersedia untuk kehidupan kita selepas mati nanti. Jumpa di Syurga!
Anjurkan Program Kembara Mahsyar Di Tempat Anda
Ini adalah sebuah program istimewa bersama penulis Kembara Mahsyar, di mana anda akan dibawa menghayati setiap fasa kehidupan selepas mati. Program ini bukan sekadar ceramah biasa, tetapi sebuah pengalaman mendalam dengan bantuan audio dan visual yang menarik yang akan membuka mata anda tentang realiti kehidupan akhirat, dengan kupasan eksklusif dan peringatan penuh keinsafan daripada penulis buku terlaris ini.
Program Kembara Mahsyar Ini Telah Dianjurkan
Lebih 101 Tempat
Dan Telah Dihadiri Oleh